07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Elektrik telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek Modul Sistem Pendawaian Elektrik Satu Fasa bermula 6 hingga 14 September 2024. Program ini telah disertai seramai 10 orang peserta dari pekerja industri pelbagai latar belakang bidang kerja.

Kursus ini telah disampaikan oleh pengajar kompeten bidang elektrik iaitu En. Azhari bin Mohamad dan En. W. Mahmudul Hasan bin W. Zolkipli. Para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan fungsi papan agihan (distribution board) satu fasa, lukisan pendawaian satu fasa dan sistem pendawaian serta pengujian elektrik satu fasa. Semoga program ini dapat memberi manfaat dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta peningkatan kerjaya peserta di masa akan datang.

Skip to content