07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 9 hingga 12 September 2024, Bahagian Teknologi Elektronik Industri ILP Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kursus Certified IPC Specialist (CIS) dengan topik IPC-A-610 Acceptability of Electronic Assemblies. Kursus ini berlangsung di Bengkel Teknologi Elektronik Industri, ILP Pasir Gudang.

Kursus ini telah disertai oleh 6 orang peserta dari ILP Pasir Gudang dan ADTEC Batu Pahat. Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Chai Guan Lee, seorang Certified IPC Trainer (CIT) yang mempunyai pengalaman luas dalam industri. Sepanjang 4 hari latihan, peserta didedahkan kepada standard dan garis panduan terkini dalam pemasangan elektronik mengikut piawaian IPC-A-610.

IPC-A-610 adalah salah satu standard yang penting dalam memastikan kualiti dan kebolehterimaan produk elektronik yang dihasilkan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam mengenal pasti kecacatan pemasangan dan memahami kriteria penerimaan yang ditetapkan dalam industri elektronik.

Skip to content