07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Elektrik telah diberi peluang menganjurkan Kursus Ujitatah IDMT (Inverse Definite Minimum Time) di bawah program Peningkatan Latihan Kemahiran bermula 10 hingga 12 September 2024. Kursus ini telah disertai seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pengajar pakar ILP Pasir Gudang, ILP Mersing dan juga ILP Bukit Katil. Kursus ini telah dilaksanakan secara bersemuka di Bengkel Teknologi Elektrik, ILP Pasir Gudang dan telah di sampaikan oleh pengajar pakar En. Nasri bin Alus. Peserta kursus diberi pendedahan yang mendalam sama ada dari segi teori dan praktikal berkaitan dua tatahan (setting) utama bagi geganti IDMT iaitu tatahan plug (PS – plug setting) dan juga tatahan pekali masa (TMS – time multiplier setting) atau tatahan lengah masa (TDS – time delay setting). Menerusi aktiviti penentu- ukuran pada prestasi geganti perlindungan dibuat dengan cara menguji masa pelantikan (Relay Operating Time), peserta kursus dapat mengetahui prestasi sesuatu geganti perlindungan dapat diukur. Kursus ini telah mencapai objektifnya yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan Kemahiran berkaitan ujitatah IDMT.

Skip to content