07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

4 September 2024 || Pilihanraya telah diadakan bagi melantik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Pasir Gudang bagi sesi 2/2024. Lokasi pengundian telah dijalankan di Dewan Kuliah Utama (DKU).

Pilihanraya ini dijalankan bagi memilih perlantikan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari, Exco Sukan dan Rekreasi, Exco Kerohanian dan Khidmat Sosial, Exco Multimedia dan Penerbitan, Exco Kebajikan dan Kesihatan, Exco Disiplin dan Keselamatan, Exco Kesenian dan Kebudayaan dan Exco Ekonomi dan Keusahawanan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Proses undian dimulakan jam 10.00 pagi dan ditutup pada jam 4.00 petang. Calon-calon yang bertanding dikehendaki berada di DKU bagi melihat sendiri suasana pilihanraya dijalankan secara adil tanpa bantahan.

Secara keseluruhannya, peratusan pelajar yang keluar mengundi adalah sebanyak 88.9% dan keputusan pilihanraya ini akan diumumkan pada hari Ahad, 8 September 2024.

Skip to content