07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 30 Ogos 2024, ILP Pasir Gudang telah berjaya mengadakan Kejohanan Bowling Tertutup ILP Pasir Gudang 2024 yang berlangsung di Daiman Bowl Johor Jaya. Acara ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan ILPPG, dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 47 peserta telah terlibat dalam kejohanan ini, menunjukkan semangat dan kemahiran yang tinggi dalam setiap permainan. Para peserta telah bertanding dalam suasana penuh kegembiraan dan persaingan sihat, menjadikan hari tersebut sebagai satu pengalaman yang berharga bagi semua.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta di atas penglibatan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih kepada Pengarah, Ts. Dr. Alina binti A. Rahman @ Othman dan Timb. Pengarah Latihan, Ts. Eza binti Monzaid di atas kesudian menyertai dan memeriahkan program ini.

Skip to content