07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

31 Ogos 2024, Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 di sambut oleh seluruh rakyat Malaysia dengan tema “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”. Seramai 40 orang pelajar mewakili kontinjen ILP Pasir Gudang mengambil bahagian dalam perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 Peringkat Daerah Johor Bahru, bertempat di Stadium Educity Iskandar Puteri.

Acara Perarakan dan Perbarisan Peringkat daerah Johor Bahru ini telah disertai oleh 65 kontinjen yang melibatkan Jabatan Kerajaan, Agensi dan Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri, Pejabat Penghulu, Ketua-ketua Kampung daerah Johor Bahru, Komuniti dan pelajar sekolah/IPTA/IPTS .

Skip to content