07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Rakan Al-Mawaddah (Jawatankuasa Surau Pelajar) telah mengambil peluang menganjurkan Minggu Penghayatan Kemerdekaan bersempena Hari Kebangsaan 2024 dengan beberapa program kerohanian pada 18 hingga 31 Ogos 2024. Antara program yang dijalankan ialah :-

1. BICARA BELIA MERDEKA 1 (PENDAKWAH REM-it) ~ 18 Ogos 2024

Program berbentuk ‘sembang santai’ ini disampaikan oleh Saudara Mohd Afiq Bin Azizan, bekas pelajar Teknologi Instrument ILPPG sesi 1/2015. Beliau memberikan motivasi kepada para pelajar berkaitan cabaran yang bakal dilalui apabila mula melangkah ke dunia pekerjaan. Beliau yang juga ‘kaki motor’ ini berjaya berdakwah kepada golongan rempit untuk berubah menjadi orang yang taat beragama. Beliau menyeru kepada pelajar agar memerdekaan diri daripada cengkaman hawa nafsu dan tabiat buruk. Beliau kini bekerja sebagai ‘maintenance building’ di Kesinton Strata Management, Johor

2. PROGRAM KEMERDEKAAN AQIDAH ~ 19 Ogos 2024

Program ini berkaitan tentang ancaman-ancaman aqidah masa kini, bagaimana mengenalinya dan bagaimana untuk memerdekakan diri daripada ‘dijajah’ oleh anasir-anasir yang boleh merosakkan aqidah. Ceramah ini disampaikan oleh Tn.Hj Noorazam Bin Yaakob merangkap salah seorang pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ILPPG.

3. BENGKEL MASAKAN AL-MAWADDAH 1 ~ 20 Ogos 2024

Bengkel masakan ini dijalankan secara terbuka dan secara percuma kepada para pelajar ILPPG. Ianya bertujuan untuk memahirkan pelajar di dalam bidang masakan. Menu masakan kali ini ialah Bihun Sup Bota. Dengan menggunakan motto “ MERDEKAKAN DIRI ANDA DARIPADA TIDAK TAHU MEMASAK”, saudara Muhammad Zul Azrin Bin Azman daripada Kursus Teknologi Penyengaraan Mekanikal telah mengambil inisiatif ini untuk menjadi ‘master chef’ bagi masakan kali ini.

4. BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT KEMERDEKAAN ~ 21 Ogos 2024

Majlis bacaan Yasin dan doa selamat ini khusus diadakan bagi memohon keberkatan dan rahmat keatas kemerdekaan negara. Majlis ini dikendalikan oleh pelajar semester 2 Teknologi Kimpalan, Saudara Muhammad Syafiq Bin Mohd Yusof. Semoga Allah SWT mengekalkan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi.

5. BICARA BELIA MERDEKA 2 (Sharing Glory) ~ 26 Ogos 2024

Saudara Syamael Hakimi Bin Saiful Anuar, ALUMNI ILPPG jurusan Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal) sesi 2/2019 telah berbesar hati berkongsi kejayaan dalam kerjayanya. Seorang pelajar yang berasal dari keluarga B40, yang asalnya hanya dibantu oleh pejabat zakat dan kini berjaya ditawarkan pekerjaan sebagai Juruteknik Penyelenggaraan (safety valve technician) di Science Technology Solutions,Rapid Pengerang. Beliau berpesan supaya pelajar mendapatkan kemahiran secukupnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan sentiasa menjaga agama walau dimana berada. Beliau bersyukur kerana beliau berjaya MEMERDEKAKAN KELUARGANYA DARIPADA KEMISKINAN.

6. BICARA BELIA MERDEKA 3 (Sharing Glory) ~ 27 Ogos 2024

“tidak tahu apa-apa Tidak berminat, , ‘give-up”. Itulah kata-kata pertama Saudara Muhammad Amiruddin Bin Suliman,ALUMNI Teknologi Elektrik ILPPG sesi 1/2019 setelah mendaftar diri sebagai pelajar ILP Pasir Gudang. Beliau kini bekerja sebagai Penjaga Jentera Elektrik di MSG Pasir Gudang. Beliau berpesan agar para pelajar kuatkan semangat dan tidak mudah berputus asa untuk menjalani latihan disini disamping mempelbagaikan kemahiran dalam memasarkan diri di bidang industri. Beliau merupakan salah seorang ikon yang berjaya MEMERDEKAKAN DIRI DARIPADA KEJAHILAN.

7. BENGKEL MASAKAN AL-MAWADDAH 2 ~ 28 Ogos 2024

Surau Al-Mawaddah sentiasa mencari idea untuk memberikan sebanyak mungkin ilmu kepada pelajar ILPPG. Oleh itu, bengkel masakan Mee Syizling diadakan kepada para pelajar yang berminat. Saudara Adib Adwa Syahin Bin Suran @ Abu Zaharin daripada kursus Teknologi Fabrikasi Struktur Logam mengetuai bengkel masakan kali ini. Dengan adanya program ini, para jemaah akan bertambah gembira untuk hadir ke surau.

8. MALAM QASIDAH MERDEKA ~ 28 Ogos 2024

Bagi menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, satu majlis bacaan Qasidah sempena Hari Kemerdekaan telah dijalankan dengan meriahnya. Bacaan Qasidah yang dikendalikan oleh Kumpulan Qasidah ILPPG ini diselangi dengan tausiah dan diakhiri dengan hadrah selawat.

Skip to content