07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 26 Ogos 2024 bertempat di Dewan Sri Desaru Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, pihak Petronas dengan kerjasama beberapa ILKA dan syarikat – syarikat kerjasama telah mengadakan Program Memperkasakan Ilmu: Discover PETRONAS @School, Technical & Vocational Education and Training (DPS TVET) 2024. Sasaran utama program ini seramai 210 orang yang terdiri daripada pelajar ting 3 – 5 sekolah menengah harian dari sekitar Bandar Penawar dan Kota Tinggi yang mencatatkan kecenderungan psikometri terhadap TVET. Selain itu, program turut disertai Pelajar Kolej Vokasional Kota Tinggi dan Tanjung Puteri yang mengambil aliran berkenaan industri minyak dan gas.

Objektif Program ini adalah memberi peluang kepada peserta untuk mengenali PETRONAS serta peluang pekerjaan TVET yang boleh diceburi dalam bidang minyak, gas dan tenaga. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk bertemu secara langsung dengan tenaga kerja teknikal PETRONAS dan syarikat kontraktor PETRONAS bagi perkongsian pengalaman sebagai inspirasi. Selain itu juga, program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang program latihan TVET tajaan PETRONAS, kaedah dan aplikasi pembelajaran serta suasana pembelajaran.

Skip to content