Pada 26-27 Ogos 2024, ILP Pasir Gudang telah menerima lawatan verifikasi oleh Pegawai Naziran bagi sesi 2/2024. Empat pegawai dari Ibu Pejabat JTM telah hadir iaitu Pn. Anisah Binti Tinguan selaku ketua naziran, En. Ts Sukri Bin Mohamed selaku Pegawai Pengesah Luaran Latihan Industri, En. Mohd Fauzi Bin Abu Bakar dan Pn. Suzanawati Binti Sofian.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai dan memverifikasi sistem penilaian dan latihan berasaskan CGPA (Sijil Teknologi Perindustrian dan Diploma Teknologi Perindustrian) serta penilaian Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (Sijil Kemahiran Malaysia) bagi program persijilan tunggal tahap terendah. Lima kursus yang terlibat dalam verifikasi portfolio Persijilan Kemahiran Malaysia adalah Teknologi Automotif Servis, Teknologi Elektrik 3-Fasa, Teknologi Pembuatan (Pemesinan), Teknologi Pembuatan (Perkakasan Dai) dan Teknologi Elektronik Industri. Manakala 10 kursus bagi masing-masing bagi semakan lawatan pertama dan lawatan terakhir bagi penilaian berasaskan CGPA.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada pegawai naziran atas penemuan, teguran, dan cadangan yang diberikan. Semua maklum balas akan diperhalusi dan dijadikan panduan untuk penambahbaikan masa depan bagi meningkatkan mutu penilaian dan sistem latihan di ILP Pasir Gudang.