07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 27 Ogos 2024 pihak ILP Pasir Gudang telah menerima lawatan penandaarasan EKSA dari Kolej Vokasional Pasir Gudang dan ILP Bukit Katil. ILP Pasir Gudang merupakan antara pusat latihan kemahiran yang menjadi rujukan oleh agensi-agensi yang menjalankan fungsi yang sama kerana institut ini telah mendapat pensijilan EKSA dari pihak MAMPU pada April 2024 yang lalu.

Seramai 11 orang pegawai dari KV Pasir Gudang dan 21 orang pegawai dari ILP Bukit Katil telah hadir ke ILP Pasir Gudang bagi melihat sendiri bagaimana pelaksaan EKSA dijalankan di sini. Rombongan telah diberikan taklimat berkenaan pembudayaan EKSA yang diamalkan di ILP Pasir Gudang beserta perkongsian dari Jawatankuasa Induk langkah-langkah serta perkara-perkara yang perlu diberi penekanan dalam mendapatkan pensijilan EKSA. Selain itu rombongan juga telah di bawa ke zon-zon yang terlibat bagi memberi peluang kepada mereka melihat amalan EKSA yang diamalkan di institut ini. Diharap dengan perkongsian dari team EKSA ILP Pasir Gudang ini sedikit sebanyak dapat memberi idea serta inspirasi kepada mereka untuk melaksanakan EKSA di jabatan mereka.

Skip to content