07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kampung Sinaran Baru telah didaftarkan sebagai Kampung YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, di bawah Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).

Objektif Program Santuni MADANI adalah untuk memperkayakan sikap cakna Pemimpin menyantuni dan menjadi suri teladan kepada penduduk kampung kelahiran, memupuk budaya ????? ?? ????????? dan ????? ???? di kalangan pemimpin terhadap kampung kelahiran serta meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui libat urus pemimpin bersama penduduk.

Program ini diadakan bagi membantu Penduduk dalam menangani isu sosioekonomi seperti kemiskinan, keciciran pendidikan, kesihatan, pengangguran, keselamatan, penyalahgunaan dadah, serta infrastruktur. Sehubungan dengan itu, satu lawatan tapak dan perbincangan bersama Ketua Kampung Sinaran Baru, En Tukimin bin Aziz dan Ahli Jawatankuasa telah diadakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan bagi membolehkan langkah seterusnya diatur. Lawatan ini telah diketuai oleh Penyelaras Program Santuni MADANI Jabatan Tenaga Manusia bagi Kampung Sinaran Baru, Hjh. Noor Lisa Rahmat dan dihadiri oleh Tuan Haji Zuraidy bin Kadir, selaku wakil Pengarah ILP Pasir Gudang diiringi oleh Ketua-ketua Bahagian serta pasukan jawatankuasa penyelenggaraan dari ILP Pasir Gudang.

Skip to content