07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

20 OGOS 2024 – SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian telah menjemput ILP Pasir Gudang untuk membuka kaunter penerangan sempena Karnival Kerjaya yang dijalankan di sekolah mereka. Karnival kerjaya yang dijalankan di Dewan Harmoni sekolah tersebut telah disertai oleh penyedia pendidikan daripada institusi-institusi awam dan swasta. Sasaran pameran adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Semua pelajar telah mengambil bahagian dalam program tersebut bagi merebut peluang mendapatkan maklumat lanjut bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang TVeT serta menyahut seruan kerajaan untuk berkecimpung dalam TVeT.

Secara keseluruhannya program berjalan dengan lancar. Para pelajar dilihat tekun mendengar penerangan yang diberi mengenai kursus2 yang ditawarkan dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke ILP Pasir Gudang.

Skip to content