Syabas dan tahniah semua graduan ILP Pasir Gudang di Konvokesyen ILJTM Ke-27 pada 17-18 Ogos 2024, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre ! Anda semua adalah aset tenaga kerja mahir negara. Kentalkan hati anda dalam menceburi alam pekerjaan berbekalkan kemahiran yang dimiliki. Terima kasih semua tenaga pengajar dan kakitangan di atas segala komitmen, kesabaran, kesungguhan serta kegigihan dalam mendidik anak bangsa menjadi tenaga kerja berkemahiran dan berdayasaing sebagai persediaan pelajar menceburi dunia pekerjaan.
Tahniah dan syabas juga kepada ILP Pasir Gudang kerana telah menduduki tempat ke-2 teratas ILJTM dari segi kadar kebolehpasaran pekerjaan graduan tahun 2023.