ILP Pasir Gudang telah menerima Lawatan Verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET 2024 oleh 3 panel yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, JPK pada 18 dan 19 Ogos 2024 iaitu En. Ts. Izwan Helmizan Bin Ishak dari JPK Putrajaya, Pn. Chek Rahimah Binti Ibrahim dari MQA dan En. Ts. Saiful Redzuan Bin Shukor dari Giatmara Negeri Sembilan di mana tujuan lawatan adalah untuk mengesahkan penilaian kendiri yang telah dilaksanakan pada 30 Mei 2024 yang lalu. Terdapat 10 program yang telah diverifikasi sepanjang tempoh lawatan iaitu :
OG-011-3:2011 – OPERASI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM (MINYAK,GAS & PETROKIMIA)
EE-320-3:2012 – Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa
MC-050-3:2015 – Operasi Pemesinan CNC
MC-031-3:2015 – Pembuatan Logam Penekanan Dai
EE-021-3:2012 – Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik
OG-015-3:2012 – Operasi Loji Mekanikal (Minyak, Gas & Petrokimia)
MC-040-3:2013 – Pembangunan Produk Industri
MC-024-3:2012 – Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam
ME-010-3:2012 – Operasi Penyelenggaraan Industri
EE-230-3:2013 – Operasi & Penyelenggaraan Instrumentasi Perindustrian & Kawalan
Penarafan Tunggal Program TVET ini diwujudkan selaras keperluan negara kepada sistem penarafan seragam bagi menilai kualiti program berdasarkan indikasi-indikasi yang holistik termasuk elemen keberhasilan seperti kebolehkerjaan dan penglibatan industri. Sistem Penarafan Tunggal yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia ini bertujuan menyeragamkan program TVET di dalam negara.