07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember 2023 yang lalu. Program ini dianjurkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Ekonomi (KE) dan Kerajaan Negeri Johor. Program selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Ogos ini merupakan acara di peringkat Zon Selatan yang merangkumi Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Antara pengisian dalam program ini adalah pameran TVET oleh penyedia-penyedia latihan dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka di bawah Sekretariat Majlis TVET Negara (MTVET) & Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Sebanyak 31 buah reruai telah mempromosikan bidang latihan masing-masing yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran.

Seramai 5 orang kakitangan ILPPG telah bertugas di reruai ILP Pasir Gudang bersama 5 orang pelajar dari bengkel Juruelektrik. Dianggarkan seramai 800 orang pengunjung telah hadir mengunjungi reruai ILP Pasir Gudang selama tiga hari berlangsungnya pameran ini. Kesedaran masyarakat terhadap kelebihan pendidikan TVET menjadi antara faktor ramai pengunjung berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai bidang-bidang kemahiran yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang.

Skip to content