07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Jawatankuasa ESG ILPPG telah mengadakan Peluncuran Green On Campus ILPPG pada 15 Ogos 2024 bagi menyokong Matlamat Kelestarian Negara 2030 yang telah dirasmikan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, YBrs. Ts. Dr. Alina binti A. Rahman @Othman. Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran warga ILP Pasir Gudang dari peringkat pengurusan, sokongan, pelajar serta warga kerja ILP Pasir Gudang terhadap kepentingan penerapan ESG (Environment Social Governance). Antara inisiatif untuk menjadikan ILPPG sebagai sebuah kampus lestari adalah dengan melaksanakan kempen berikut:

1. Kempen Jom Kitar Semula

2. Kempen Jom Tanam Pokok

3. Kempen Zero Plastic

4. Kempen Jalan Kaki & Berbasikal

5. Kempen Jimatkan Elektrik

6. Kempen Jimatkan Air

7. Kempen Jimatkan Kertas

Diharapkan dengan pelaksanaan kempen tersebut dapat menerapkan amalan hijau secara berterusan di kalangan warga ILPPG bagi mewujudkan kampus hijau yang kondusif dengan memupuk semangat “Pelihara dan Lestarikan Kampus ILPPG”.

Skip to content