07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Bil. 4 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, ILP Pasir Gudang. Sesi 1 melibatkan pelajar Semester 1 dan 2 manakala Sesi 2 melibatkan pelajar Semester 3 dan 4.

Antara agenda Sesi1; taklimat disiplin, ucapan pengarah dan teguran terhadap isu-isu berkaitan pelajar. Sempena perhimpunan ini, turut diadakan Majlis Peluncuran Go Green On Campus ILP Pasir Gudang yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga ILPPG di dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Majlis dirasmikan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, YBrs. Ts. Dr. Alina binti A. Rahman @Othman.

Perasmian Bulan Kemerdekaan ILP Pasir Gudang bagi Tahun 2024 disempurnakan oleh YBrs Pengarah ILPPG pada Sesi 2. Warga ILPPG bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme bersempena bulan kemerdekaan ini. Di akhir slot, sesi libat urus bersama pengarah diadakan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Skip to content