07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

English Language Society dan Jabatan Pengajian Am telah bekerjasama bersama dengan Program Seminar Kerjaya dan Modul Hak Pekerja bagi melaksanakan Bengkel Penulisan Resume untuk pelajar semester akhir Sesi 2/2024. Kursus ini berlangsung selama 4 hari bermula 12 – 15 Ogos 2024. Seramai 120 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir telah mengikuti bengkel ini dan berjaya menyiapkan resume sebagai persediaan untuk keluar bekerja kelak. Bengkel ini bertujuan membantu pelajar menyediakan resume dan mendedahkan pelajar dengan penggunaan Microsoft Word dalam membuat dokumentasi.

Skip to content