07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pelajar ILPPG Sesi 2/2024 baharu sahaja mendaftar sebagai warga ILPPG. MPP ILPPG mengambil peluang menganjurkan beberapa program keagamaan bagi memupuk semangat cintakan ilmu di kalangan mereka. Antara program yang telah diaturkan ialah:

1. MINGGU PEMANTAPAN AQIDAH (28 Julai ~ 4 Ogos 2024)

Program ini menerapkan pengetahuan tentang tauhid, rukun-rukun iman, pengenalan Sifat 20 dan perkara-perkara yang merosakkan iman.

2. ALUMNI TALK (5 Ogos 2024)

Program yang berbentuk motivasi ini menampilkan saudara Muhammad Zulfikri Syah bin Akasyah bekas pelajar Kimpalan Sesi 2/2018 sebagai motivatornya. Beliau menceritakan kisah hidup beliau semasa di ILPPG dan jatuh bangunnya di dalam membina kerjaya. Beliau kini berkhidmat sebagai QC Inspector di NSF Engineering Pasir Gudang.

3. SHARING GLORY (6 Ogos 2024)

Program ini disampaikan oleh Saudara Muhamad Sahadam bin Anuar, bekas pelajar ILPPG Sesi 2/2017. Beliau menasihatkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh di samping mendekatkan diri kepada agama. Beliau turut memotivasikan pelajar supaya menceburi bidang keusahawanan. Beliau yang merupakan pencipta kandungan (content creator) turut mengusahakan pusat perubatan alternatif (bekam) di Pasir Gudang.

4. BENGKEL PEMANTAPAN WUDHUK & MANDI WAJIB (7 Ogos 2024)

Program berbentuk praktikal ini dijalankan bagi menyemak dan memastikan semua pelajar mengambil wudhuk dan mandi wajib dengan sempurna sepertimana ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Program LDK ini dikendalikan oleh fasilitator ILPPG yang terlatih.

5. PROGRAM JALINAN UKHUWAH ALUMNI (8 Ogos 2024)

Program dijalankan pada hujung minggu untuk para pelajar yang tidak pulang ke kampung. Majlis bacaan Yasin ini dikendalikan oleh Saudara Mohd Azlan bin Aziz. Beliau merupakan bekas pelajar Kimpalan ILPPG Sesi 1/2017 dan kini berkhidmat sebagai Lifting Supervisor di Kurihara Kogyo Limited Singapura. Beliau turut memberikan semangat supaya pelajar-pelajar ILPPG kekal berusaha hingga menuju kejayaan.

6. ILPPG TVET EXPERT FORUM (12 Ogos 2024)

Program berbentuk forum ini sekali lagi menampilkan ALUMNI ILPPG sebagai ahli panel. Saudara Mohd Aiman Hakim bin Saini merupakan bekas pelajar Automotif Sesi 1/2018 dan kini berkhidmat sebagai Pengurus Pusat Jualan & Servis Isuzu Jumbo Arena di Batu Pahat. Beliau menegaskan bahawa kesungguhan, disiplin masa dan integriti merupakan faktor utama yang dikehendaki oleh pihak industri dari Jepun.

7. PROGRAM Q & A (13 Ogos 2024)

Para pelajar diberikan peluang untuk mengajukan pelbagai soalan tentang permasalahan agama, kejiwaan dan kehidupan. Pelajar yang mengajukan soalan diberikan hadiah istimewa.

8. BENGKEL PEMANTAPAN TAYAMMUM (14 Ogos 2024)

Bengkel amali tayammum ini dikendalikan oleh fasilitator dari kalangan pelajar senior. Para pelajar dikehendaki menunjukkan kaifiat bertayammum mengikut Sunnah Rasulullah SAW di samping diberikan penerangan berkaitan tentangnya.

9. BENGKEL ASAS BEKAM (14 Ogos 2024)

Bengkel asas bekam dijalankan selepas solat Isyak secara bersiri. Di dalam program ini para peserta diajar tentang faedah berbekam, titik-titik bekam sunnah dan tatacara berbekam. ‘1 keluarga 1 jurubekam’ merupakan matlamat program ini. Program dijalankan secara percuma dan terbuka kepada para pelajar yang berminat.

Skip to content