07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah diberi kelulusan menjalankan program SLDN berinsentif 2024 oleh pihak JPK secara sepenuh masa mengikut tahap pada 25 Jun 2024 yang lalu melibatkan Program Operasi Pemesinan CNC (C259-006-2:2020) dan Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan (G452-002-2:2018).

Selaku pusat latihan, ILPPG bersama 4 syarikat kerjasama SLDN iaitu Syarikat KJ Can (Johor) Sdn. Bhd. bagi program Pemesinan CNC manakala Syarikat Jaidon Motors Sdn Bhd, AZ Permas Tyre & Rim Sdn Bhd dan Pusat Perkhidmatan Air Biru bagi Program Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan telah bermesyuarat di ILP Pasir Gudang pada 13 Ogos 2024 bagi pengesahan Soalan Penilaian Berterusan dan Penilaian Akhir untuk kedua-dua program. Mesyuarat turut mengesahkan perancangan latihan serta perbincangan penyelarasan dokumen berkaitan. Turut hadir sebagai Ahli Jawatankuasa Penilaian adalah Ts. Dr. Alina binti A Rahman @Othman selaku pengerusi, Pn.Nor Arniza binti Jamil selaku Penyelaras PB SLDN, pengajar bidang SLDN dan juga coach dari pihak syarikat.

Program yang bermula pada 1 Ogos 2024 sehingga 20 Februari 2025 (Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan) dan 31 Mac 2025 (Operasi Pemesinan CNC) ini telah melibatkan pengambilan perantis seramai 23 orang yang akan memperolehi SKM Tahap 2 sebaik tamat latihan.

Skip to content