07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 3 telah mengadakan Kejohanan Olahraga SKPG3 Tahun 2024 bertempat di Stadium Olahraga Mount Austin pada 10 Ogos 2024. Pihak sekolah telah menjemput 8 orang pelajar ILP Pasir Gudang sebagai pegawai teknikal kejohanan. Kejohanan bermula pada jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang melibatkan murid-murid SKPG3 di dalam pelbagai acara olahraga peringkat akhir. Pelajar-pelajar ILP Pasir Gudang yang terlibat telah membantu dari pelbagai sudut teknikal pertandingan yang dijalankan. Ini merupakan satu pengalaman untuk pelajar-pelajar bukan sekadar di dalam bidang sukan malah di dalam bidang pengurusan acara.

Skip to content