Program ini melibatkan 120 orang pelajar semester akhir bagi sesi 2/2024 yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep perlindungan keselamatan sosial, pengenalan kepada undang-undang pekerjaan, skim-skim dan faedah-faedah PERKESO dan KWSP serta kaedah berkaitan tuntutan faedah, rayuan dan aduan, sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan dalam bidang teknikal dan vokasional. Pelajar juga didedahkan kepada asas perancangan kewangan dan persaraan.
1. Slot pertama (Rabu 7 Ogos jam 8.00 – 12.30 tghari) taklimat berkenaan fungsi dan peranan JTKSM (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia), JHEKS (Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja) dan JPPM (Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia) telah disampaikan oleh En. Mohd Asri bin Mohd Satar.
2. Slot ke-2 (Rabu 7 Ogos jam 2.00 – 4.30 ptg) taklimat Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO) oleh Cik Nurhafifah Hanim bt. Zakaria (penceramah dari Perkeso).
3. Slot ke-3 (Khamis 8 Ogos jam 8.00 – 9.30 pagi) taklimat Skim KWSP dan manfaatnya disampaikan oleh En Mohamad Aliy Aizat (dari KWSP)
4. Slot ke-4 (Khamis 8 Ogos jam 10 – 11 pagi) taklimat asas perancangan kewangan dan persaraan oleh Pn. Nur Aimi bt. Yahya (dari KWSP).
5. Jam 11 – 12.30 tghari : pihak KWSP membuka kaunter untuk pendaftaran keahlian untuk akaun KWSP kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang belum ada akaun KWSP.
6. Slot ke-5 (Khamis 8 Ogos jam 2 – 3.30 ptg) Perbincangan Kajian Kes. Pelajar-pelajar mengadakan perbincangan dan membuat pembentangan di bengkel, dipantau dan dibuat penilaian oleh Penilai-penilai yang dilantik oleh bengkel masing-masing.
7. Slot ke-6 (Khamis 8 Ogos jam 3.30 – 4 ptg) Penilaian Teori oleh En Mohd Asri bin Mohd Satar.
