07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina A.Rahman @ Othman bersama pasukan pengurusan ILPPG telah menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) di Menara Dayabumi pada 8 Ogos 2024. ILPPG merupakan salah satu daripada 21 ILJTM lain yang terpilih dalam kolaborasi tersebut. Majlis MoU tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah JTM dan Encik Mohd Nazir bin Mohd Nor, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MHB / MMHE dan turut dihadiri oleh TKP JTM, K(UJI) serta pihak pengurusan MMHE. Kerjasama dalam pelaksanaan program pembangunan sumber manusia dan peningkatan kemahiran berkaitan industri minyak dan gas di ILJTM tersebut akan bermula di ILP Pasir Gudang dan disertai oleh 21 buah ILJTM lain yang terpilih dalam tempoh 5 tahun. Ikatan kerjasama ini membuktikan komitmen JTM dalam pembangunan modal insan di sektor bidang minyak dan gas bagi meningkatkan kualiti TVET ke tahap yang lebih tinggi. Melalui sinergi ini diharapkan ILP Pasir Gudang bersama ILJTM lain berupaya meneruskan tawaran kursus-kursus TVET yang berkualiti dan berdaya saing. Kerjasama tersebut juga bertujuan untuk merapatkan jurang antara pembelajaran TVET dengan kehendak industri supaya graduan yang dikeluarkan di ILJTM termasuk ILPPG berkualiti tinggi dan relevan dengan keperluan industri.

Skip to content