07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seminar Kerjaya telah berlangsung pada 5 & 6 Ogos 2024 yang melibatkan 120 orang pelajar semester akhir bagi Sesi 2/2024. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelajar semester akhir dalam menyediakan diri bagi menempuh alam pekerjaan. Program menjemput pihak PERKESO, Pn Arleen Athirah bagi menyampaikan maklumat mengenai MyFuturejobs. Pelajar semester akhir telah mendaftar MyFuturejobs bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan yang sesuai dengan mereka. Ada juga perkongsian dari alumni yang telah berjaya masuk bekerja ke sektor kerajaan.

Selain itu, terdapat juga perkongsian dari kaunselor JKM Negeri Johor mengenai krisis dalam kerjaya. Akhir sekali perkongsian dari pihak MMHE bagi memperkenalkan MMHE dan “mock interview” bagi tujuan memberi pengalaman kepada para pelajar untuk menghadiri temuduga apabila mereka ditawarkan pekerjaan.

Skip to content