07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Ts. Kamaruzaman Bin Hj. Md Ali bersama Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr Alina binti A.Rahman @ Othman telah turut serta dalam lawatan ke Program Gerak Kerjaya Mega MYFUTUREJOBS Johor 2024 (GEGAR 2024) di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Darul Takzim pada 28 Julai 2024 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Program tersebut berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 26 Julai 2024 sehingga 28 Julai 2024 di mana lebih daripada 50 majikan dalam 11 sektor industri seperti minyak dan gas, pembuatan, pelancongan, kesihatan dan lain-lain telah menawarkan lebih 5000 jawatan kosong untuk Bangsa Johor. Pelbagai aktiviti termasuk pameran dari agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri juga diadakan agar informasi bermanfaat sampai kepada rakyat Johor.

Skip to content