07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasukan ILP Pasir Gudang telah dinobat sebagai Naib Johan dalam pertandingan Seni Arca Taman Kategori Institusi yang telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang dalam ???????? ???????? ????? yang berlangsung pada 25 hingga 28 Julai 2024 di Taman Bukit Layang-Layang Pasir Gudang. Arca yang dibangunkan ILPPG mengambil inspirasi daripada kuda kepang yang merupakan warisan tradisi negeri Johor bertepatan dengan tema pertandingan “Warisan Tradisi”. Seni Arca taman yang dihasilkan mengunakan sepenuhnya sisa-sisa bahan latihan pelajar yang terdapat di ILP Pasir Gudang dengan gabungan elemen kayu, logam dan elektronik. Selain itu hiasan arca juga dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula yang lain termasuk botol-botol, tali guni, dawai, plastik dan sebagainya. Pertandingan ini disertai bagi menunjukkan komitmen ILP Pasir Gudang untuk mencapai matlamat Pembangunan Lestari (?????????????? ??????????? ?????) dengan penghasilan bahan seni dengan menggunakan bahan terbuang.

Skip to content