ILP Pasir Gudang telah menerima seramai 253 orang pelajar baharu Sesi 2/2024 pada 22 Julai 2024 yang lalu. Pelajar-pelajar ini datang dari seluruh pelosok Malaysia dan terdiri daripada pelbagai bangsa serta agama. Pendaftaran pelajar ini sudah pastinya menyuntik semangat baharu di kalangan para pengajar untuk lebih keras berusaha melatih para belia menjadi tenaga mahir negara. Pengambilan pelajar yang ramai ini sudah pastinya menunjukkan ILP Pasir Gudang tetap menjadi pilihan masyarakat untuk mendapatkan latihan yang berteraskan kemahiran.