Pihak DAIKIN Academy Malaysia mengadakan lawatan tapak di ILP Pasir Gudang Kampus Senai pada 16 Julai 2024 bagi meninjau fasiliti sedia ada. Tinjauan tersebut bertujuan melihat kesesuaian pelaksanaan program DAIKIN di kampus tersebut pada masa akan datang. Mesyuarat turut dipengerusikan oleh Pengerusi ILJTM Wilayah Selatan, Tn. Hj Sarman bin Rawan bagi perbincangan antara pihak DAIKIN, ILP Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat serta wakil pihak ibu pejabat bagi kesepakatan bersama pelaksanaan program tersebut. Implikasi pelaksanaan program tersebut dijangka dapat memberi peluang kepada lebih ramai pekerja industri dalam peningkatan kemahiran operasi dan penyelenggaraan penghawa dingin melalui pensijilan professional tambahan DAIKIN.