Kursus Jangka Pendek (KJP) Cross Skilling Programme Air-Conditioning Split Unit (ACSU) Basic Maintenance telah dijalankan pada 8 Julai 2024 di ILP Pasir Gudang Kampus Senai. Kursus ini dijalankan bertujuan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya di kalangan pelajar ILP Pasir Gudang bagi menambah kemahiran di dalam pelbagai bidang. Kursus disertai oleh 9 orang pelajar semester akhir Teknologi Elektronik Industri dan disampaikan oleh En. Mohd Qayyum bin Mohd Khalid. Melalui kursus ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas tentang prinsip operasi dan komponen sistem penyaman udara. Peserta diberi pendedahan di dalam teknik dan prosedur penyelenggaraan yang betul.
Faedah dari menyertai kursus ini, peserta dapat meningkatkan daya saing di pasaran kerja. Ini adalah kerana kemahiran penyelenggaraan penyaman udara mendapat permintaan yang tinggi di industri. Ditambah lagi, penyelenggaraan sendiri boleh mengurangkan kos panggilan servis dan pembaikan profesional. Selain itu, peserta akan berasa lebih yakin di dalam mengendalikan dan menyelenggara peralatan penyamanan udara serta dapat membina pencapaian peribadi dengan menguasai kemahiran teknikal yang baru.