Pihak ILP Pasir Gudang telah mengajurkan Seminar TVET: ‘TVET Pilihan Utama atau Terakhir Kerjaya?’ dan juga Seminar Kesedaran Gangguan Seksual di Sekolah bersempena dengan National Training Week (NTW) pada 30 Jun 2024 yang lalu, disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan iaitu Puan Aidayu Delaila binti Dahlan manakala Seminar Kesedaran Gangguan Seksual di Sekolah disampaikan oleh Kaunselor ILP Pasir Gudang, Pn Normala binti Mohd Nor.
Seminar kali ini dihadiri oleh seramai lebih 250 orang GBK dan pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi dan Pasir Gudang. Pihak BPPL ILP Pasir Gudang turut memberikan taklimat bagi mempromosikan ILP kepada guru-guru serta para pelajar yang hadir dan telah disampaikan oleh Ts Kavitha a/p Palaniappan.