ILJTM telah berkolaborasi bersama UTM Skudai bagi Projek Pemasangan Panel Solar PV jenis Stand Alone 1500 Watt pada 21 unit bot nelayan Mersing di bawah penajaan Bank Islam. Seramai 141 orang peserta terlibat di dalam program ini, yang turut disertai oleh pelajar-pelajar dan tenaga pengajar ILP Pasir Gudang, ILP Mersing, ADTEC Batu Pahat, IKBN, IKM, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan lain-lain institusi. Objektif program ini untuk memberi khidmat bantuan teknikal kepada komuniti nelayan Mersing dalam pemasangan panel solar bagi manfaat komuniti nelayan amnya.