07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang diketuai oleh Pengarah, Ts. Dr. Alina binti A. Rahman @Othman bersama 9 orang pegawai pengurusan tertinggi ILPPG telah menghadiri Sesi Townhall Persediaan Belanjawan Johor 2025 & Konvensyen Melayu Johor di Politeknik Ibrahim Sultan pada 1 Julai 2024. Melalui sesi tersebut institusi pengajian (ILKA) termasuk ILP Pasir Gudang, Politeknik, Kolej Kolej Komuniti serta institusi TVET lain telah diminta berkongsi pandangan dan cadangan dalam penambahbaikan kemajuan pendidikan kemahiran bangsa Johor untuk dikemukakan kepada YB Tuan Aznan bin Tamin sebagai EXCO Pendidikan dan Penerangan Negeri.

Segala pandangan dan cadangan khususnya berkenaan pembangunan pendidikan negeri Johor Darul Takzim merupakan persediaan bagi portfolio YB Tuan Aznan untuk Belanjawan Johor 2025. VVIP yang turut hadir di platform tersebut adalah Tuan Haji Azirin Abdul Aziz (Pengarah Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti), Tuan Haji Ulaimi Yahya (Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan), Puan Tazrina Ahmad (Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor) dan Encik Abdul Razak Salim (Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang) selaku Moderator.

Skip to content