07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus Jangka Pendek (KJP) Cross Skilling Programme Welding Machine telah dijalankan selama 2 hari pada 28 hingga 29 Jun 2024. Seramai 21 orang pelajar Teknologi Kimpalan Semester 4 telah melengkapkan kursus yang disampaikan oleh En. Mohd Sani bin Ramli selaku tenaga pengajar berpengalaman dari Bengkel TPM ini dengan jayanya. Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan asas dan kemahiran bagaimana cara-cara mengenalpasti kerosakan dan menyelenggara kerosakan melalui teknik dan langkah kerja yang betul dan selamat. Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta.

Skip to content