07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program ini diadakan pada 27-28 Jun 2024 bertempat di Dewan Kuliah Utama ILP Pasir Gudang anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia Unit ILPPG bagi semua ahli BSMM iaitu seramai 174 orang peserta terdiri daripada pelajar Kursus Instrumen Perindustrian, Elektrik, Elektronik Industri dan Rekabentuk Industri.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah sebagai pendedahan, bimbingan dan panduan yang betul kepada ahli Bulan Sabit Merah berkaitan kaedah pertolongan cemas dari segi teori dan amali disamping memupuk sikap berani membantu mangsa di waktu kecemasan walau dalam apa jua keadaan. Pertambahan ilmu ini merupakan suatu tindakan yang tepat demi merealisasikan matlamat terutamanya apabila pelajar menempuhi alam pekerjaan.

Skip to content