07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus Jangka Pendek (KJP) Cross Skilling Programme – Asas Pendawaian Elektrik 1 Fasa telah dijalankan selama 2 hari pada 21 hingga 22 Jun 2023. Seramai 15 orang pelajar Teknologi Instrumen Perindustrian Semester 3 telah melengkapkan kursus ini dengan jayanya. Kursus yang disampaikan oleh Pn. Zatulmaharah binti Baian selaku tenaga pengajar berpengalaman dari Bengkel Teknologi Elektrik ini telah memberi pendedahan, pengetahuan asas dan kemahiran berkaitan fungsi papan agihan (Distribution Board) 1 fasa, lukisan pendawaian 1 fasa dan seterusnya asas pendawaian elektrik 1 fasa kepada para peserta.

Skip to content