07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL), ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Apresiasi bagi pelajar semester akhir Sesi 1/2024 bertemakan ‘Beautiful Memories’ pada 13 Jun 2024. Seramai 192 orang pelajar semester akhir hadir pada majlis yang dirasmikan oleh Puan Pengarah ILP Pasir Gudang, Dr Alina binti A. Rahman @Othman.

Majlis diadakan bagi meraikan pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian mereka pada bulan Julai ini dan turut dimeriahkan dengan persembahan pelajar-pelajar dari semua bahagian dan cabutan bertuah. Persembahan Bahagian Automotif telah dinobatkan sebagai persembahan terbaik.

Majlis turut menyampaikan anugerah kepada 10 orang pelajar terbaik dan pelajar terbaik keseluruhan dianugerahkan kepada pelajar dari Bahagian Automotif iaitu Saudara Muhammad Nurirfan Danish bin Zulkiflee.

Skip to content