07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Sempena Hari TVET Negara 2024 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, pasukan Robot ILP Pasir Gudang (SCORP) telah menyertai TVET Robot Challenge (TRC) 2024 anjuran Jawatankuasa Robot Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi kategori Roborumblez 8Kg dan 1Kg RC Sumo. Pertandingan ini berlansung pada 7-8 Jun 2024 bertempat di Dewan ILP Kuala Langat, Selangor.

Konsep pertandingan memerlukan setiap pasukan mengaplikasikan ilmu pengetahuan bidang teknologi tanpa wayar dalam mengawal pergerakan robot dan reka bentuk robotik bagi menghasilkan robot hands-on yang kreatif dan berinovasi.

Skip to content