Lawatan Penandarasan Pensijilan OPITO dari ILP Bukit Katil pada 4 Jun 2024 oleh En. Rizza bin Abas, Ketua Jabatan Mekanikal ILP Bukit Katil bertujuan meninjau pelaksanaan program OPITO di ILP Pasir Gudang. Melalui lawatan tersebut kedua-dua institut dapat bertukar-tukar fikiran dan pandangan bagi status pelaksanaan program pensijilan merangkumi perancangan dan persediaan kompetensi pengajar, penggunaan silibus serta kaedah penilaian dan pembelajaran OPITO, fasiliti dan juga peralatan berdasarkan keperluan program OPITO termasuk peruntukan kewangan yang terlibat sepanjang pelaksanaan program tersebut.