Kursus Single/ Compound Die Try Out Process diadakan percuma khusus untuk orang awam anjuran Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) pada 30 Mei 2024 di Bengkel Teknologi Pembuatan, ILP Pasir Gudang sempena Hari TVET Negara peringkat ILP Pasir Gudang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka oleh pengajar pakar bidang Pembuatan (Perkakasan-Die) iaitu Pn. Harmaninda binti Haron dan telah dihadiri oleh 10 orang peserta terdiri daripada kalangan pelajar lepasan institusi awam dan pencari kerja. Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang salah satu proses penting di dalam sektor pembuatan iaitu pengeluaran produk kepingan logam melalui alat tekan logam (metal stamping die). Pembelajaran lebih fokus kepada cara memasang komponen alat tekan, melaras alat tekan pada mesin stamping, melakukan proses try out menggunakan mesin fly press dan memeriksa produk yang dihasilkan.