Kursus ‘Introduction Cutting Process (Gas Cutting)’ anjuran Teknologi Fabrikasi Struktur Logam sempena Hari TVET Negara peringkat ILP Pasir Gudang telah diadakan pada 30 Mei 2024 secara percuma dan terbuka kepada orang awam. Seramai 20 orang peserta hadir terdiri daripada pelajar institusi kemahiran, para belia dan pencari kerja. Melalui kursus ini, peserta diberi pendedahan kepada pengenalan berkaitan peralatan, proses pemotongan menggunakan gas Oxy-acetylene dan latihan amali serta teknik pemotongan menggunakan gas Oxy-acetylene. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan disampaikan oleh pengajar pakar iaitu En Asari bin Othman.