07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus ‘Electronics for Beginners’ telah dijalankan pada 29 Mei 2024 anjuran Bahagian Teknologi Elektronik Industri secara percuma bersempena Hari TVET Negara peringkat ILP Pasir Gudang kepada 6 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar lepasan SPM.

Program ini dijalankan secara bersemuka merangkumi aspek teori dan amali yang disampaikan oleh pengajar pakar bidang Elektronik iaitu Pn Azura Hani binti Hamdan. Peserta diberi pendedahan tentang asas elektronik bermula dari pengenalan hingga aplikasi asas komponen elekronik. Peserta juga diberi pendedahan serta latihan terhadap teknik asas soldering dan desoldering komponen pada stripboard dengan betul.

Melalui kursus ini, peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran teknikal, kreativiti, inovasi dan pemahaman yang lebih mendalam terhadap teknologi serta memperkasakan individu untuk menjadi lebih aktif dalam era digital selain menyumbang kepada kemajuan teknologi pelbagai bidang.

Skip to content