07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang dengan kerjasama PERKESO Negeri Johor telah menganjurkan program Karnival Aspirasi Kerjaya X MyFutureJobs @ILPPG bersempena dengan penganjuran Hari TVET Negara Peringkat ILP Pasir Gudang pada 26 Mei 2024. Program yang bermula jam 9.00 pagi itu disertai oleh 12 buah syarikat dengan tawaran sebanyak 300 kekosongan jawatan pelbagai bidang.

YBrs. Ts Kamaruzaman bin Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, diiringi Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr Alina binti A. Rahman @ Othman berkesempatan meluangkan masa turun ke lokasi program meninjau sesi temuduga yang berlangsung dan telah beramah mesra dengan wakil-wakil majikan serta calon temuduga yang hadir. Seramai 277 orang calon temuduga hadir dengan sejumlah 542 sesi temuduga berjaya dijalankan oleh syarikat terlibat dan seramai 60 calon berjaya mendapat pekerjaan, selebihnya 269 calon akan dipanggil untuk temuduga kali kedua oleh syarikat-syarikat terlibat.

Objektif penganjuran program adalah menyediakan platform penting bagi memberi peluang pekerjaan kepada pencari kerja melalui sesi temuduga setempat. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada orang ramai khususnya pencari kerja untuk mendapatkan informasi tentang peluang kerjaya yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat terlibat.

Ia juga dapat membantu majikan mendapatkan tenaga pekerja dengan lebih mudah sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Johor dan sebagai satu pendedahan kepada etika sosial, etika temuduga, kemahiran berkomunikasi, keusahawanan, kepimpinan dan pembelajaran sepanjang hayat selain meningkatkan keyakinan dan kebolehan diri pencari kerja dalam memenuhi keperluan pasaran.

Skip to content