07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasukan Robot ILP Pasir Gudang (SCORP) telah menyertai Penang International Robot Competition (PIRC) 2024 bagi kategori 1Kg RC Sumo dan 3Kg RC Sumo yang berlansung pada 24 – 25 Mei 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bertam, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas anjuran Persatuan Irobotik dengan usaha sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pertandingan ini bertujuan menarik minat masyarakat terutamanya golongan muda terhadap STEM khususnya dalam bidang robotik dengan penglibatan dari sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan institut kemahiran serta seluruh peminat robotik dari dalam dan luar negara. Konsep pertandingan memerlukan setiap pasukan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi tanpa wayar dalam mengawal pergerakan robot dan reka bentuk robotik bagi menghasilkan robot hands-on yang kreatif dan berinovasi.

Skip to content