Kursus Operasi Mesin Larik telah diadakan selama 5 hari bermula 20 – 25 Mei 2024 di Bengkel Teknologi Pembuatan, ILP Pasir Gudang. Peserta kursus ini terdiri daripada 6 orang kakitangan Syarikat Unijoh Sdn. Bhd. Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta tentang operasi mesin larik. Pembelajaran lebih fokus kepada cara melaras mesin larik, melaras mata alat pemotong, melaras benda kerja dan melakukan beberapa operasi larik berpandukan lukisan komponen. Kursus disampaikan oleh pengajar pakar bidang Pembuatan (Perkakasan-Die) iaitu En Bukhaari bin Miskam dengan dibantu oleh En Sallehuddin bin Hj Kassim.