07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2024 Peringkat ILPPG telah disempurnakan oleh Ybrs Ts Kamaruzaman bin Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Majlis yang bertemakan ‘Yok Belajo Kemahiran @ILPPG’ turut diserikan dengan kehadiran Pengarah ILJTM Johor, Pengarah ILKA, ILKS, Pengurus Besar rakan-rakan strategik, pengarah-pengarah Kolej Vokasional dan pengetua-pengetua sekolah sekitar Pasir Gudang.

Dengan perasmian tersebut maka bermulalah Program Hari TVET Negara Tahun 2024 Peringkat ILPPG pada 26 – 30 Mei 2024. Pelbagai aktiviti disediakan dan orang ramai dijemput hadir bagi mengenali TVET secara lebih dekat. Turut berlangsung pada hari ini adalah Karnival Aspirasi MyFutureJob yang dihadiri oleh 11 buah syarikat dengan tawaran lebih 300 kekosongan jawatan.

Selain itu, buat julung-julung kalinya, ILPPG menganjurkan TVET Tour Bengkel untuk orang awam mendapatkan info lanjut berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang. Pada hari ini juga turut diadakan Karnival Keusahawanan dengan penyertaan lebih 20 vendor yang menjual pelbagai barangan dan makanan.

Skip to content