07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seramai 24 orang kakitangan ILP Pasir Gudang yang merupakan anggota First Aider Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan dan Unit Bulan Sabit Merah Malaysia ILP Pasir Gudang telah menyertai Kursus Asas Pertolongan cemas, CPR dan AED di ILP Pasir Gudang pada 20-21 Mei 2024.

Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari pihak Bulan Sabit Malaysia Negeri Johor iaitu En Ahmad Aidil bin Nasir dan pembantu jurulatih Puan Mislina binti Sanib. Pelbagai modul berkaitan pertolongan cemas diajar secara teori dan amali iaitu Pengenalan & Prinsip Pertolongan Cemas, Renjatan, Luka & Pendarahan, Patah & Terkehel, Terbakar & Melecur, Bebat & Balutan, Mengangkat & Pengangkutan Pesakit dan Rawatan Pemulihan Pernafasan (CPR & AED).

Kursus ini diakhiri dengan sesi ujian teori, lisan dan praktikal yang telah dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Johor, diketuai sendiri oleh Puan Setiausaha Kehormat BSMM Negeri Johor iaitu Pn Hajah Sarimah binti Jamian.

Skip to content