07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Perkataan kejahilan, kemalasan, kemunduran, kesombongan dan pelbagai sifat-sifat mazmumah ditulis pada belon lalu dipecahkan satu persatu oleh YBrs Pengarah ILPPG sebagai simbolik kepada usaha para pengajar mengikis sikap-sikap tersebut daripada jiwa para pelajar. Itulah gimik istimewa sempena Sambutan Hari Guru yang dilaksanakan oleh MPP ILPPG pada 19 Mei 2024.

MPP telah menjalankan kempen ‘Terima Kasih Ilmuanku’ dengan cara mengumpulkan dana dari kalangan pelajar untuk membelikan hadiah kepada seluruh warga kerja ILP Pasir Gudang. Bukan itu sahaja, persembahan nyanyian dan deklasi sajak turut dijalankan. Tampak lebih menarik apabila sambutan ini diadakan sebagai kejutan kepada para pengajar selepas Perhimpunan Kakitangan. Semoga Allah merahmati dan memberikan kebaikan sebanyak-banyaknya kepada seluruh warga ILP Pasir Gudang.

Skip to content