07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Perhimpunan kakitangan kali kedua tahun 2024 dikendalikan oleh Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran. Majlis Perhimpunan kakitangan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya, sesi perkongsian mengenai Persatuan Pegawai-pegawai Latihan Vokasional Malaysia (PPPLVM) yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Latihan Ts. Eza binti Monzaid bagi menggalakkan penyertaan semua pengajar.

Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Ts Dr Alina binti A. Rahman @ Othman. Intipati amanat beliau kepada kakitangan berkaitan hari TVET Negara peringkat ILP Pasir Gudang yang akan diadakan pada 26 Mei ini. Beliau turut mengucapkan tahniah bagi pencapaian ILP Pasir Gudang sepanjang bulan Jan hingga April 2024 dari pelbagai sudut antaranya pencapaian KJP, pertandingan Inovasi dan WSMB serta program CSR WIRA KESUMA. Di akhir ucapan Puan Pengarah membuka peluang kepada kakitangan untuk berkongsi pendapat dan pandangan dalam meningkatkan lagi prestasi Institut.

Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan telah disampaikan oleh Pengarah ILPPG kepada Pn Siti Hajar @ Yong Shahriah binti Abdul Wahab dan Penyampaian Sijil Pengiktirafan EKSA (Tahap Cemerlang) kepada Pengerusi EKSA ILP Pasir Gudang iaitu Pn Amah @ Norina binti Andang. Insp Rasyiqah binti Rosli dari Unit Seksual Siber (MICAC), Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Johor turut dijemput untuk menyampaikan sedikit perkongsian berkaitan topik Gangguan Seksual di tempat kerja.

Skip to content