Sempena sambutan Hari Belia Negara 2024, para pelajar ILPPG tidak ketinggalan untuk sama-sama mendengar amanat yang disampaikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan melalui tayangan video. Majlis ini berlangsung di Bilik Seminar ILPPG melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG dan exco-exco pimpinan pelajar. Antara matlamat program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada belia Malaysia akan peranan mereka di dalam membina dan menyerlahkan potensi diri demi pembangunan masyarakat dan negara. Di akhir slot, para pelajar melafazkan ikrar belia Malaysia dengan penuh semangat.