Pelajar ILPPG sekali lagi melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti bersama komuniti setempat sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor bertempat di Dataran Tasik Bandar Penawar. Pada program tersebut para pelajar berpeluang menyertai pelbagai aktiviti melibatkan kecerdasan fizikal dan mental yang diaturkan oleh penganjur seperti permainan-permainan yang menguji kecergasan fizikal, pameran-pameran ilmiah, karnival kerjaya, gerai-gerai keusahawanan, kelab rakan muda dan pertandingan kereta lumba.